Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Inilah salah satu persinggahan dalam perjalanan menuju kehidupan yang abadi.........
AMALAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 (AKAK 21)
Pada abad ke-21,asas dan kuasa ekonomi sesebuah negara bertunjangkan ilmu pengetahuan atau knowledge based economy. Di dalam abad ke 21, maklumat dan ilmu pengetahuan merupakan nadi dan sumber utama ke arah mewujudkan ekonomi sesebuah negara maju yang lebih progresif dan dinamik. Oleh itu, bagi negara-negara yang mengamalkan AKAK 21, tumpuan diberikan kepada sistem pendidikan negara itu sendiri.
Pengintegrasian teknolgi maklumat dan komunikasi dalam kurikulum banyak memberikan kesan positif kepada para pelajar dan menjadi proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Konsep pembelajaran secara self-paced, self-accessed dan self directed jelas memberi cabaran kepada guru untuk mengatur strategi bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan kolaboratif. Oleh itu, antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah :
i) Transformasikan bilik darjah kepada suasana kelas yang lebih kreatif.
ii) Pelajar di ajar kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah (pemikiran
kreatif, intelektual, mengenalpasti formulasi, menyelesaikan masalah).
iii) Perkenalkan kepada pelajar persaingan global. Supaya pelajar mempunyai kemahiran seperti (kolaboratif , daya penyesuaian diri dan tanggungjawab sosial .
Berdasarkan kepada tinjauan literature dan pembacaan yang telah saya jalankan.
Saya memilih Negara Brunei sebagai negara yang di antara terawal mengamalkan kemahiran abad ke 21 (AKAK_21). Di sini saya menerangkan atau ketengahkan isu peranan di peringkat kurikulum pendidikan dan peranan NGO.
Wawasan Brunei 2035
Menjelang 2035, kita berhasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia dengan:
· Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya
· Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi
· Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan
Lapan (8) Hala Tuju Dasar dalam Strategi Pendidikan,Wawasan Brunei 2035 ialah
· Melaksanakan misi pendidikan dengan lebih sempurna iaitu untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh bagi mencapai potensi yang penuh bagi semua.
· Rujukan kepada sistem-sistem pendidikan dan kurikulum
luar Negara.
· Mempertingkatkan pencapaian pelajar terutama dalam 3
mata pelajaran teras iaitu English Language, Mathematics
dan Science.
· Meningkatkan peratus kemasukan pelajar ke peringkat
pendidikan tinggi dari 14% hingga mencapai 30%.
· Meningkatkan penguasaan pelajar dalam
Bahasa Melayu.
· Penyelidikan-penyelidik tempatan dan yang didatangkan khusus dari luar negeri telah mengenalpasti ruang- ruang khas yang memerlukan perubahan dalam Sistem Pendidikan Negara.
Kurikulum abad ke 21 bagi Negara Brunei telah dibentuk oleh satu suruhanjaya khas. Dimana kurikulum ini berpusatkan pelajar. Pembelajaran lebih berfokus kepada unsur sains dan teknologi. Oleh itu, para pendidik digalakkan menggunakan pendekatan pembelajaran secara inkuiri penemuan. Kurikulum di korea selatan dibahagikan kepada 4 peringkat, iaitu:
a) Taska ,tadika atau pra sekolah – umur 5
b) Sekolah peringkat rendah (elementary school)-6 hingga 11 tahun (tahun 1-6)
c) Sekolah peringkat menengah 1 – umur 12 tahun
d) Sekolah peringkat mengengah 2- umur 13 tahun
e) Sekolah peringkat menengah 3- umur 14 tahun
f) Sekolah peringkat menengah 3- umur 15 tahun
g) Sekolah peringkat menengah 3- umur 16tahun
Lain-lain program yang disediakan untuk pelajar-pelajar dalam SPN 21 ialah:
Program Pendidikan Khusus
Program ini adalah bagi pelajar yang berbakat/berkecerdasan tinggi dalam bidang akademik tertentuseperti sains dan matematik atau berkebolehan dalam
muzik dan seni atau berkebolehan dalam bidang sukan.
Program Pendidikan Berkeperluan Khas
Program ini adalah bagi pelajar yang:
• kurang penglihatan dan pendengaran
• mempunyai tantangan mental
• mempunyai tantangan fi zikal
• mempunyai kesukaran pembelajaran yang spesifi k
Kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka ke prasekolah ketika pelajar berumur 4 tahun- 5 tahun. Kurikulum pada peringkat ini , pelajar lebih diberi penekanan pembelajaran bahasa Inggeris.
Pelajar di asingkan mengikut usia dan pencapaian dalam bahasa Inggeris.
Kurikulum dan Penilaian
a. Ciri-Ciri Kurikulum Negara AKAK 21:
Berasaskan bidang-bidang dan hasil-hasil pembelajaran Merangkumi 8 bidang pembelajaran :
• Bahasa
• Matematik
• Sains
• Sains Sosial & Kemanusian
• Kesenian & Kebudayaan
• Teknologi
• Pendidikan Agama Islam dan Melayu Islam Beraja
• Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Pelbagai kombinasi mata pelajaran daripada 8 bidang pembelajaran
v Kurikulum yang sama (common curriculum) yang bermula dari peringkat rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) hingga peringkat menengah (Tahun 7 hingga Tahun 8).
v Menekankan kemahiran-kemahiran asas (essentialskills):
v Kemahiran berkomunikasi (celik huruf : membaca dan menulis, mendengar, dan bercakap).
v Kemahiran mengira.
v Kemahiran Sains dan ICT.
v Kemahiran penyelesaian masalah (berfi kir dan kreativiti)
v Kemahiran bekerja dan belajar
v Kemahiran pengurusan diri dan berdaya saing(keusahawanan)
v Kemahiran berinteraksi/perhubungan sosial
v Kemahiran fi zikal
v Kemahiran estetika
v Lain-lain kemahiran abad ke-21 dalam Digital Age Literacy
No comments:
Post a Comment